KOTA BHARU 21 September – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang ll Penggal ke-32 Sesi 2019-2020 bertempat di Hotel H Elite Design Kelantan.

Persidangan ini dipengerusikan oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankusa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.

Tahniah kepada Majlis Belia Kelantan (MBK) khususnya Sdr. Hafizul Nizam, Yang Dipertua MBK serta penganjur bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas kejayaan menjayakan MPBN Negeri Kelantan.

Leave a Reply

Translate »