LAPORAN HARI GENOSID SEDUNIA
AUDITORIUM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)
Genosid adalah alat kolonialisme. Demikianlah tema Hari Memperingati Genosid Sedunia yang diadakan baru-baru. Majlis Belia Malaysia (MBM) dipelawa menjadi rakan kerjasama bagi menjayakan program ini atas dasar kecaknaan MBM menangani isu-isu di peringkat global. Program ini mengangkat isu penghapusan etnik di Kashmir yang telah berlangsung puluhan tahun tanpa penyelesaian yang konkrit. Jurucakap penganjur, Cikgu Azmi Abdul Hamid menggesa kerajaan untuk memainkan peranan yang lebih tegas dalam memperjuangkan nasib umat Islam yang menjadi mangsa keganasan berikutan konflik berpanjangan di Kashmir.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Kashmir juga berhak mendapat perhatian dan keprihatinan yang sama seperti Palestin, memandangkan mereka juga ditindas sejak sekian lama.
“Isu Kashmir ini mesti diangkat dan disuarakan kerana mereka juga menghadapi tekanan seperti Palestin…angka kematian dan penderitaan rakyat Kashmir juga lebih buruk”
Justeru, MBM sebagai rakan strategik program ini turut menggesa kerajaan mengambil tindakan proaktif termasuk kemungkinan mengkaji hubungan perdagangan dan diplomatik dengan India sebagai isyarat keseriusan kerajaan menangani isu ini jika negara berkenaan terus membisu dengan hal berkaitan kezaliman, pembunuhan, pencerobohan dan perampasan. MBM bersama MAPIM bersedia untuk menjadi fasilitator bagi sebarang proses keamanan di peringkat global khususnya yang melibatkan pencerohan terhadap hak asasi manusia. Penghapusan etnik adalah jenayah kejam yang patut dikutuk masyarakat antarabangsa.
Pejabat Presiden
Majlis Belia Malaysia