MAJLIS BELIA MALAYSIA

JALINAN KERJASAMA RELAWAN MBM DENGAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

SERDANG 4 Februari – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Relawan MBM melakukan perbincangan dengan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membentuk kerjasama menjayakan agenda kesukarelawanan dan menggilap bakat kepimpinan relawan.

Antara agenda spesifik kesukarelawanan yang dibincangkan untuk dibangunkan bersama adalah alam sekitar, kebersihan tandas, pemuliharaan Harimau Malaya dan ‘Ocean Hope’.

Kerjasama ini diharapkan dapat mengkader lebih ramai mahasiswa terlibat dalam gerakan belia dan kesukarelawanan nasional.

MBM diwakili presidennya, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »