MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM GESA HENTIKAN LANTIKAN POLITIK

Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa pihak Kerajaan menghentikan lantikan politik terhadap badan-badan Kerajaan tertentu yang memerlukan kepada imej dan persepsi bebas politik di kalangan belia dan rakyat Malaysia agar ia terus berfungsi secara efisyen. Merujuk kepada perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru iaitu Puan Latheefa Koya, walaupun beliau berkelayakan namun MBM berpandangan perlantikan berbau politik […]

MBM HARGAI USAHA KERAJAAN BANTU PENEROKA FELDA DALAM MENYAMBUT SYAWAL

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad atas keprihatinan dengan pemberian bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada 112,635 peneroka FELDA. Dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini, bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban para peneroka dalam menyambut musim perayaan dalam waktu terdekat ini. Timbalan Presiden MBM merangkap […]

TNB: TOLONG JANGAN JADIKAN PENGGUNA SEBAGAI MANGSA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyarankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar bersikap lebih sensitif kepada keluh resah pengguna yang menjadi mangsa kesilapan pihak TNB sendiri. MBM menerima banyak aduan pengguna yang rata-rata dari kalangan anak muda memperlihatkan kekecewaan mereka terhadap TNB berhubung isu peningkatan kos bil elektrik. Alasan TNB mengatakan bil elektrik terkini adalah bacaan sebenar […]

MBM ALU-ALUKAN KEPIMPINAN BAHARU FEDERASI KEBANGSAAN PEKERJA BELIA (FKPB) 2019 – 2021

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengalu-alukan kepimpinan baharu Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) atau Malaysian National Federation of Youth Worker yang baru dipilih yang diketuai saudara Ahmad Saparudin Yusup pada 13 Mei yang lepas. MBM percaya FKPB akan terus bergerak ke hadapan selepas kali pertama ditubuhkan pada Februari 2017 selepas mendapat kelulusan usul penubuhannya di dalam Mesyuarat Perhimpunan […]

Translate »