MAJLIS BELIA MALAYSIA

KAJI SEMULA MYSC, UTAMAKAN BAHASA KEBANGSAAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) merujuk kepada pengumuman YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim Chee Keong yang memaklumkan nama Hari Sukan Negara akan ditukar kepada Malaysia Sports Challenge (MySC) serta kenyataan media Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertarikh 22 Ogos 2019. MBM menyokong kenyataan DBP dan menggesa […]

JALUR GEMILANG TERBALIK: TINDAKAN UNDANG-UNDANG PERLU DIAMBIL SEGERA

Tiada sebarang alasan dapat diterima dalam perkara membabitkan pemasangan bendera terbalik yang heboh diperkatakan oleh warga netizen baru-baru ini. Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan simbol kedaulatan negara itu perlu dihormati oleh setiap rakyat Malaysia dan tindakan memasangnya dalam keadaan terbalik adalah satu penghinaan besar kepada negara. Justeru, tindakan undang-undang perlu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab […]

MBM ALU-ALUKAN PENDIDIKAN SIVIK DIPERKENALKAN SEMULA

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengalu-alukan keputusan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengembalikan Pendidikan Sivik di dalam Pendidikan negara ini sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam pelancaran Pendidikan Sivik sempena Majlis Pendidikan Sivik Kebangsaan 2019. Pendidikan Sivik pernah dijadikan satu subjek khusus bermula pada tahun 2005 dan kemudiannya dimansuhkan pada tahun […]

HORMATI LAMBANG NEGARA, PINDA AKTA LAMBANG DAN NAMA 1963

Majlis Belia Malaysia (MBM) marah dan kecewa dengan tindakan seorang ahli korporat terkemuka yang telah menjatuhkan martabat bendera kebangsaan, Jalur Gemilang sebagai lambang dan maruah negara. Tindakan menukar warna putih kepada hitam adalah satu tindakan yang boleh di sifatkan kurang ajar, dan tidak patriotik dari seorang yang bergelar Tan Sri, satu anugerah kehormatan dari Seri […]

Translate »