Kak Ummi, isteri Abg Ramli Sharif selamat menjalani pembedahan

Kuala Lumpur, 20 Feb 2014 – Kak Ummi, isteri kepada aktivis belia Abg Ramli Sharif baru sahaja selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau dijangka akan berada di Wad 3 untuk beberapa hari lagi bagi mendapatkan rawatan susulan. Marilah bersama-sama kita mendoakan agar beliau sihat seperti sediakala.
JELAJAH 1BELIA 1KEMAHIRAN (FELDA SG. SIBOL, KOTA TINGGI)

15 Februari 2014 Lebih 200 permohonan diterima untuk menyertai kursus-kursus kemahiran yang di tawarkan di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia semasa jelajah program ini yang di adakan di Felda Sg. Sibol, Kota Tinggi, Johor. Program ini adalah anjuran bersama antara MBM dengan UMNO Bahagian Tenggara dan semua sayap parti berkenaan. Program di […]
Pengguna penentu harga barang

PUTRAJAYA 11 Feb. – Kerajaan akan memulakan kempen gerak saraf dalam mendidik pengguna agar mereka sedar mengenai hak dan peranan masing-masing, terutama sebagai penentu utama harga barangan di pasaran. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, gerak saraf tersebut akan menumpukan pada kaedah menangani kos sara hidup dan budaya hidup […]
MBM anjur Makmal Kos Sara Hidup dari perspektif belia

Kuala Lumpur, 8 Feb 2014 – Peningkatan kos sara hidup yang dihadapi segenap masyarakat di Malaysia ketika ini dilihat menjadi masalah yang berterusan dan terpaksa ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah khususnya. Tidak dapat dinafikan, masalah ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat yang dilihat semakin berani mengkritik kerajaan yang seolah-olah terus gagal dalam mencari […]