Belia Prihatin Bergerak ke Ulu Tembeling

2 Jan 2015 – Sdr Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bersama Sdr Ahmad Daniar Ismail, Exco MBM menyerahkan sumbangan berupa air mineral, beras, megi, minyak dan lain lain barangan makanan kering kepada Cikgu Nadim, Tok Empat Ulu Tembeling untuk diagih kepada 250 buah keluarga berjumlah 1340 orang.
Sahabat MBM Gerak Operasi Pasca Bencana

1 Jan 2015 – Di talian ketika ini ialah Nizam Sopery, Sukarelawan Sahabat MBM dalam memahami cabaran menggerakkan usaha pembersihan di negeri-negeri terjejas banjir. http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/sukarelawan-gerak-operasi-pasca-bencana-47634?cp Sumber: astro AWANI
Misi Pembersihan SK Jeram Landak yang Diklasifikasi Rosak Teruk

2 Jan 2015 – Misi Bantuan Pasca Bencana di Kuala Lipis telah dipergiatkan dan hari ini Cuci Team berada di Sekolah Kebangsaan Jeram Landak, Kuala Lipis, Pahang bersama-sama 200 orang penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Lipis turun padang membersih dan mencuci sekolah tersebut yang terjejas teruk akibat banjir. Misi hari ini fokus […]
Skuad Prihatin Junior Chamber International

30 Dis 2014 – Junior Chamber International (JCI) merupakan salah sebuah badan gabungan MBM, telah menghantar lebih kurang 4 ton barangan keperluan ke Kelantan untuk diagihkan. Untuk makluman, JCI telah membuka tempat khas bagi pengumpulan sumbangan barang – barang keperluan dari ahli-ahli seperti berikut: 1. Ocean Link, Klang Lot 8934A, Jalan Telok Gong, 42000, Port […]