MBM Dalam Mengenalpasti Penggerak Inovasi Sosial
Perancangan Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk membangunkan sebuah Pusat Inovasi Sosial Belia (PISB) semakin dapat direalisasikan dengan mengambil langkah mengenalpasti belia yang berpotensi sebagai individu-individu penggerak PISB pada program TOT Inovasi Sosial yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak pada 10 – 12 Mac 2017 yang lalu. Program yang dihadiri oleh 19 orang peserta […]
Belia harus rebut peluang bina kerjaya usahawan tani muda
Putrajaya, 6 Mac 2017 – Usaha kerajaan dalam melahirkan usahawan tani muda tidak akan mencapai sasarannya jika maklumat berkaitan pelbagai program bantuan tidak sampai kepada golongan belia. Belia seharusnya proaktif dalam mendapatkan peluang dari program bantuan yang disediakan dan tidak hanya menunggu bantuan itu datang dengan sendirinya. Sudah menjadi hasrat kerajaan mahu golongan muda menceburi bidang […]
Kunjungan SKMM Jalinan Kerjasama Mendidik Masyarakat Tentang Ancaman Dan Peluang Teknologi
Cheras 3 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2 Mac 2017 di Wisma MBM, Kuala Lumpur. Delegasi ini disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM dan Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM yang memberi penerangan ringkas mengenai peranan dan fungsi MBM sebelum sesi pembentangan […]
Sumbangan Mangsa Kebakaran Madrasah Di Kelantan
Tumpat Kelantan 1 Mac – Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan kelengkapan pakaian baru kepada mangsa kebakaran Madrasah Al-Badariah Pondok Jal Besar, Tumpat Kelantan. Sumbangan adalah berbentuk: 1. Kain pelekat 2. Kain tuala 3. Baju t-shirt Sumbangan disampaikan oleh Sdr. Mohd Hakimi Exco Majlis Belia Malaysia / Bendahari Majlis Belia […]