Cakna Negaraku: Apa itu Populisme?
23 Januari 2018 – Cakna Negaraku meneruskan siri program dengan mengadakan Forum berkenaan populisme yang diadakan di Kolej University Islam Selangor (KUIS). Ianya susulan daripada World Forum Democracy di Paris, Perancis yang dihadiri oleh wakil kepimpinan MBM bulan November lalu dimana isu berkenaan populisme diperdebatkan dan kesannya dalam mempengaruhi sistem perundangan dan demokrasi sesebuah negara. […]
Cakna Negaraku: 3.6 juta rakyat Malaysia tidak berdaftar sebagai pemilih
22 Januari 2018 – Satu sidang meja bulat telah diadakan di ibu pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membincangkan perihal rakyat Malaysia yang tidak berdaftar sebagai pengundi. Laporan media menyatakan seramai 3.6 juta rakyat Malaysia masih belum berdaftar sebagai pemilih dan perkara ini telah dibincangkan oleh ahli panel, Masjaliza Hamzah yang merupakan wakil badan bukan […]
MIB300 Fasa 2 : Camp Of The Champ
Gopeng, 21 Januari 2017 – Majlis Belia Malaysia selaku badan induk pertubuhan belia adalah organisasi bertanggungjawab dalam membentuk dan membina jati diri belia disamping mempersiapkan pelapis kepimpinan bukan sahaja dalam organisasi belia malah merangkumi semua aspek kepimpinan. Sehubungan dengan itu, Majlis Belia Malaysia melalui Jawatankuasa Tetap Latihan dan Kepimpinan yang dipengerusikan oleh Sdr. Hasnul Fairuz […]
Kunjungan Hormat MBM Ke JPSM
Kuala Lumpur 19 Jan – Majlis Belia Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 18 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Direktorat, IPJPSM. Kunjungan ini disambut oleh Ketua Pengarah Ybhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin B. Mahmud dan Timbalan Pengarah (Dasar & Perancangan) Ybhg. Dato’ Roslan B. Ariffin. MBM dihadiri oleh Timbalan Presiden […]