MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM MENDOKONG PEMBENTUKAN PENGANTARABANGSAAN MODUL KERJA BELIA

KUALA LUMPUR 7 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat dalam “Bengkel Pengisian Modul Pengantarabangsaan Kerja Belia” yang dianjurkan oleh Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Fauzi mewakili MBM manakala Puan Zaleha mewakili The Committee of Asean Youth Cooperation (CAYC) ke Bengkel dua hari ini berlangsung […]

MBM HANTAR WAKIL KE KONGRES MARUAH MELAYU

SHAH ALAM 6 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar wakil menghadiri Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Malawati semalam. MBM diwakili oleh Naib Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid selain menghantar peserta-peserta dari gabungannya; Majlis Belia Negeri Sembilan dan Majlis Belia Negeri Selangor. Perhimpunan tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun […]

MBM TERIMA KUNJUNGAN PEGAWAI AGENSI MEDIA TURKI

KUALA LUMPUR 3 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan Omer Faruk Yildiz, pegawai media Anadolu Ajansi (sebuah agensi media di bawah kerajaan Turki). Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Dalam pertemuan tersebut, beliau melahirkan rasa minat untuk bekerjasama dengan MBM khususnya dalam bidang kebudayaan belia membabitkan kedua-dua negara.

MESYUARAT PROGRAM INSPIRASI ANAK MUDA (I AM)

PUTRAJAYA 2 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Mesyuarat Program Inspirasi Anak Muda (I AM) yang dipengerusikan oleh YB. Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang berlangsung di Menara KBS. Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan makluman terkini berkenaan status program di tujuh (7) […]

Translate »