MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN KERJA (PROKENS)

KUALA LUMPUR 25 Februari – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Atiqah Syahirah Penolong Setiausaha Agung MBM telah mengadakan mesyuarat penyelarasan Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja (PROKENS) bersama wakil U4U dan wakil-wakil dari Business Network International (BNI). Antara perkara dibincangkan mengenai kerjasama dan persiapan program latihan tersebut.

SEMINAR KESEDARAN HALAL & BENGKEL PENDAFTARAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

KUANTAN 23 Feb – Sdri. Nurliana Mohamad, Exco MBM menghadiri program bersama Usahawan Belia dalam usaha memperkasa pembudayaan usahawan dalam skop HALAL dan PLATFORM PEMASARAN ONLINE PERCUMA yang disediakan YaPIEM. Program berlangsung 22 hingga 23 Februari di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan ini dirasmikan oleh YB HAJJAH PUAN FUZIAH SALLEH, Timbalan Menteri Di […]

BENGKEL ADVOKASI 2020

KUALA LUMPUR 22 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perundangan, Advokasi dan Hak Asasi telah menganjurkan Bengkel Advokasi 2020 bertempat di Ibu Pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia. Bengkel ini bertujuan melatih dan meningkatkan kemahiran belia dalam bidang advokasi secara ilmiah dan profesional dengan memahami isu-isu serta menjadi pendesak melalui saluran demokrasi. Penceramah undangan […]

Translate »