MAJLIS BELIA MALAYSIA

SESI PERBINCANGAN BERSAMA JAWATANKUASA PERINDUSTRIAN, EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN MBM (MFREN)

KUALA LUMPUR 30 Jun – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah mengadakan sesi perbincangan bersama Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) berkenaan perkembangan beberapa projek ekonomi MBM dan progres Jawatankuasa Tindakan Ekonomi MBM (JAKTEM) menangani isu pekerjaan pasca Covid-19. Hadir sama Exco MBM, […]

KUNJUNGAN DUTA BELIA YOUTH OPPORTUNITIES MALAYSIA (YO) KE MBM

KUALA LUMPUR 30 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menerima kunjungan Duta Belia Youth Opportunities Malaysia (YO) Sdr. Sri Balasubramaniyam Subramaniam. Youth Opportunities berpangkalan di Bangladesh bertujuan menyebarluaskan pelbagai peluang yang ada kepada belia. Peluang atau Opportunity adalah perkara utama yang diperlukan oleh belia dalam pembangunan belia dan Negara. “Our youth need Supports […]

RAMAH MESRA MBM BERSAMA MBD ROMPIN

CHINI 29 Jun – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) beramah mesra, bertanya khabar dan berbincang bersama dengan Pengerusi Majlis Belia Daerah Rompin (MBD) Rompin, Sdr. Mohd Hafiz tentang perkembangan MBD Rompin. Pertemuan ini dalam rangka lawatan delegasi MBM ke Chini bagi meninjau Pemerhati Pilihan Raya MBM pada PRK kali ini.

MESYUARAT TEKNIKAL PERSIDANGAN VIRTUAL BELIA NEGARA 2020

PUTRAJAYA 29 Jun – Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM telah menghadiri mesyuarat teknikal Persidangan Virtual Belia Negara 2020 dan mesyuarat persiapan teknikal Hari Belia Negara 2020. Mesyuarat ini dipengerusikan Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan […]

Translate »