MESYUARAT AHLI LEMBAGA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES)

PUTRAJAYA 22 Jun – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga dipengerusikan Dato’ Dr. Marzuki Mohamad, Pengerusi IYRES. Ini merupakan mesyuarat pertama IYRES yang dihadiri oleh Presiden MBM sejak dilantik sebagai Lembaga Pengarah IYRES sesi 2019-2022.
PERBINCANGAN MENGADVOKASI ISU-ISU BELIA INDIA AKAR UMBI

PUTRAJAYA 22 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Sdr. Theeageesh Ganesan, Pegawai Penyelidik Menteri Belia dan Sukan tentang agenda memperkasa belia India, mengadvokasi isu-isu belia India akar umbi, kajian isu-isu belia India dan juga memperkukuhkan empat pergerakan belia India di bawah MBM yang dikenali sebagai United […]
MBM TERUS SANTUNI AHLI GABUNGAN DAN PERSATUAN BELIA

KUALA LUMPUR 21 Jun – Menjadi rutin kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) menyantuni ahli-ahli gabungan dan persatuan belia di mana-mana sahaja. Baru-baru ini Presiden MBM berkesempatan mengadakan pertemuan santai bersama kepimpinan belia seperti Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Persatuan Belia Warisan Perdana, Majlis Belia Negeri Selangor, Majlis Belia Daerah Rembau dan Briged Negaraku. Tradisi baik yang harus terus dihidupkan.
PEMERHATI PILIHAN RAYA MBM DI PRK DUN23 CHINI

PEKAN 20 Jun – Pemantau Pilihan Raya Kecil DUN 23 Chini Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM telah mula menjalankan tugas mereka bersama team Majlis Belia Negeri Pahang. Proses pencalonan berjalan baik menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara parti Barisan Nasional (BN) dan dua parti Bebas. Sudah menjadi […]