RAMAH MESRA MBM BERSAMA MBD ROMPIN

CHINI 29 Jun – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) beramah mesra, bertanya khabar dan berbincang bersama dengan Pengerusi Majlis Belia Daerah Rompin (MBD) Rompin, Sdr. Mohd Hafiz tentang perkembangan MBD Rompin. Pertemuan ini dalam rangka lawatan delegasi MBM ke Chini bagi meninjau Pemerhati Pilihan Raya MBM pada PRK kali ini.
MESYUARAT TEKNIKAL PERSIDANGAN VIRTUAL BELIA NEGARA 2020

PUTRAJAYA 29 Jun – Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM telah menghadiri mesyuarat teknikal Persidangan Virtual Belia Negara 2020 dan mesyuarat persiapan teknikal Hari Belia Negara 2020. Mesyuarat ini dipengerusikan Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan […]
SEMBANG SANTAI MBM BERSAMA MBD JEMPOL

BAHAU 28 Jun – Dalam rangka lawatan ke Chini, kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) sempat bersarapan pagi dan mengadakan sembang santai bersama pimpinan Majlis Belia Daerah Jempol. Banyak input pemerkasaan persatuan belia diperolehi untuk dibawa ke atas. Ini merupakan tradisi dan siri-siri kepimpinan MBM menziarahi kepimpinan di peringkat akar umbi.
MISI BANTUAN BANJIR JOHOR 2020

PONTIAN 28 Jun – Relawan Majlis Belia Malaysia dibawah Majlis Belia Malaysia (MBM), dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Majlis Belia Daerah Pontian dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pontian telah mengadakan Misi Bantuan Banjir Johor 2020. Sebanyak 300 pek bungkusan makanan keperluan asas dan kit cegah Covid-19 telah diagihkan kepada Pejabat Penghulu Mukim dan mangsa-mangsa banjir […]