PERSATUAN BELIA PERLU “DIGITALIZE” – PM

KUALA LUMPUR 22 Julai – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan pertemuan kepada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin di bangunan Parlimen. Pertemuan membincangkan mengenai peranan golongan belia dalam membantu kerajaan membangunkan negara. Perdana Menteri memberitahu fokus kerajaan hari ini adalah untuk menggerakkan semula ekonomi […]
PERBINCANGAN MBM BERSAMA PERSATUAN BELIA UNIT Y HULU SELANGOR

HULU SELANGOR 19 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan santai tentang cadangan projek ekonomi belia dan pelbagai perkara bersama Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor dan anak-anak muda persatuan belia UNIT Y.
LAWATAN MENGANGKAT MODEL PERNIAGAAN DI BAWAH JAWATANKUASA TINDAKAN EKONOMI MBM (JAKTEM)

HULU SELANGOR 19 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dibawa melawat sebuah kiosk air tenaga Extrajoss di bawah kelolaan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor. Lawatan ini bertujuan mengangkat model perniagaan ini di bawah Jawatankuasa Tindakan Ekonomi MBM (JAKTEM) bagi menbantu belia yang terkesan dengan Covid-19. Presiden dan Timbalan Pengerusi Tetap MBM sempat bergambar […]
MISI BANJIR KELANTAN – GUA MUSANG

GUA MUSANG 19 Julai – Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah mengadakan Program Mobilisasi Bantuan Kemanusiaan Misi Banjir Kelantan, Gua Musang. Misi ini dilaksanakan dengan kolaborasi Relawan MBM, Majlis Belia Jajahan Gua Musang, MAYC dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Terima kasih kepada Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim merangkap […]