MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memorandum Kerjasama (MOC) Program “Pure Heart”

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap CEO Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mengadakan perbincangan bersama Sdr. Mohd Fauzan Abdul Sukor II, CEO Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Dijangka dalam masa terdekat ini YBK, MVM, Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare dan MBM akan mengadakan sesi menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bagi Program “Pure Heart”.

Nazira Roslee dipilih sebagai Exco Majlis Aids Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Sdri. Nazira Roslee, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenangi pemilihan barisan Exco Malaysian AIDS Council (MAC) sesi 2020 – 2022 sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MAC kali ke-15. MBM merupakan badan gabungan MAC dan dengan kemenangan ini akan terus komited membantu MAC mendidik dan menangani isu AIDS / HIV khususnya melibatkan […]

MBM lawat studio Esports Perak

TAMBUN 20 Ogos – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melawat studio Esports Perak sebagai persiapan penganjuran Kejohanan MyEsports Belia Kebangsaan anjuran MBM, Kementerian Belia dan Sukan dan Malaysia Esports Federation. Presiden MBM sempat merakamkan video ucapan pengenalan MBM dan Esports Medica yang melakukan promosi pendidikan, pembinaan kerjaya dan penjagaan kesihatan dalam sukan eletronik ini bersempena penganjuran kejohanan ini. […]

MBM santuni masyarakat Orang Asli

TAPAH 20 Ogos- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Program Belia Prihatin Orang Asli Lestari bertempat di Kampung Jentong, Trolak. Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya, aktiviti mewarna kanak-kanak, bengkel solekan dan tatarias bersama beliawanis, bengkel belajar gunting rambut, aktiviti sukaneka kanak-kanak,  sepak raga bulat dan sukaneka dewasa. Hadiah disampaikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Beliau […]

Translate »