MBM dan i-LEAD anjur Bicara Merdeka: Anak Muda 63 Tahun Kemerdekaan

KUALA LUMPUR 5 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program Bicara Merdeka yang menjadi salah satu segmen di dalam Program Semarak Belia Merdeka di Found8 KL Sentral. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan anak muda. Slot Bicara […]
Mesyuarat Penyelarasan (Google Meet) Sekretariat Mahasiswa MBM

KUALA LUMPUR 5 September – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM telah menyertai mesyuarat penyelarasan Sekretariat Mahasiswa MBM. Mesyuarat ini disertai wakil-wakil pimpinan mahasiswa dari Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Majlis […]
Kerjasama MBM dalam membantu membanteras radikalisme di kalangan belia

KUALA LUMPUR 3 September – Majlis Belia Malaysia telah dijemput menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Majlis Pemulihan Radikalisasi (MPR) oleh Jabatan Penjara Malaysia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TKP Zaidi Hamid, Pengarah Bahagian Radikal dan Berisiko Tinggi Jabatan Penjara Malaysia. MBM akan bekerjasama dalam membantu membanteras radikalisme di kalangan belia serta akan membantu golongan belia yang baru […]
MPBN Peringkat Negeri Sabah, Kedah dan Perak

3 September – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai persidangan serentak Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri di Sabah, Kedah dan Perak. MPBN merupakan platform tertinggi untuk pemimpin belia mengusulkan polisi dan idea untuk pembangunan belia dan Negara.