MBM Terima Kunjungan MYHA

Wisma MBM | 1 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan mesra daripada Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) yang dihadiri oleh Presidennya Sdr. Ismail Mahyuddin dan Sdri. Saridah, Bendahari MYHA. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu semasa dan urusan pentadbiran organisasi.
Dialog MBM Bersama Kepimpinan Baharu PKPIM

Zoom | 24 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi dialog yang disertai oleh Sdr Jufitri Joha, Presiden MBM bersama kepimpinan baharu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diketuai oleh saudara Farhan Rosli. Turut sama Sdr, Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Nazri Abdul Latif, Exco MBM. Pelbagai perkara dibincangkan […]
MBM Sertai Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)

Googlemeet | 23 Februari – Sdr. Jufitri Bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Eksekutif, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bilangan 1 Tahun 2021. Turut sama Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, […]
MBM Hadir Mesyuarat Penyelarasan Sukarelawan Bagi Program Imunisasi Covid-19

Putrajaya | 22 Februari – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Sukarelawan Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dipengerusikan Dato’ Azman Taib Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Sukarelawan KBS dan MBM akan dilatih dan digerakkan ke seluruh Malaysia mengikut Pusat Suntikan Vaksin (PSV) untuk membantu dalam […]