MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Kepimpinan MBM

Dalam Talian | 19 Mac – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-9 sesi 2018-2020 dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Mesyuarat secara dalam talian ini membincangkan pelbagai agenda dan program pembangunan belia serta hala tuju MBM akan datang. Mesyuarat bermula jam 8.00 malam dan berakhir 12.30 malam.

Siri Bual Polisi Belia bersama kepimpinan mahasiswa dan pelajar

PUTRAJAYA 18 Mac – Telah berlangsung Siri Bual Polisi Belia secara dalam talian bersama kepimpinan mahasiswa dan pelajar yang memfokuskan kesediaan belia di bawah umur 30 tahun untuk memimpin pertubuhan belia. Sesi dihadiri oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan […]

Mesyuarat gerak kerja Sekretariat Belia Rasuah Busters

KUALA LUMPUR 18 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memudahcara Mesyuarat gerak kerja Sekretariat Belia Rasuah Busters (SBRB) bersama penggerak utama sekretariat. Mesyuarat dimeriahkan dengan penyertaan Dato’ Hussamuddin Yaacub, pengasas Rasuah Busters merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian/ Karangkraf Sdn Bhd. SBRB merupakan 46 gabungan pertubuhan belia yang komited melawan rasuah demi masa depan […]

MBM Hadir AYG Networking Session

16 Mac 2021 | SelangorMajlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menghadiri Program Adab Youth Garage (AYG) Networking Session. MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. MBM mengucapkan tahniah kepada AYG atas inisiatif sebelum ini dengan mewujudkan pusat lepak anak muda dikawasan flat sekitar Lembah Klang. MBM amat menyokong dengan usaha yang dilakukan.

Translate »