MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Ahli Lembaga IYRES KBS

Putrajaya | 22 Mac – Mesyuarat Ahli Lembaga IYRES KBS yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Haji Marzuki Mohamad dan turut dihadiri Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Saudara Jufitri Joha sebagai ahli lembaga. Turut dibincangkan hala tuju Malaysian Journal of Youth Studies ke arah Indeks Scopus dan penggalakkan pemimpin belia membuat kajian dan menyambung pelajaran.

Majlis Peluncuran Buku Volume III Xi Jinping: The Government of China

Kuala Lumpur | 20 Mac -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang ke Majlis Peluncuran Buku Volume III Xi Jinping: The Government of China bertempat di Malaysia-China Friendship Association. Majlis ini dianjurkan bersama oleh Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC – 马中总商会 Malaysia-China Chamber of Commerce ) dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC). Duta Besar China ke Malaysia, H.E. […]

Bengkel Pemantapan Pelaksanaan dan Penilaian APBN Peringkat Negeri Terengganu 2021

Kuala Terengganu |20 Mac – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah menghadiri Bengkel Pemantapan Pelaksanaan dan Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2021 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Program ini bertujuan mendapatkan input bagi penambahbaikan perjalanan anugerah dari proses pemilihan dan pelaksanaan. Program turut disertai […]

Mesyuarat Kepimpinan MBM

Dalam Talian | 19 Mac – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-9 sesi 2018-2020 dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Mesyuarat secara dalam talian ini membincangkan pelbagai agenda dan program pembangunan belia serta hala tuju MBM akan datang. Mesyuarat bermula jam 8.00 malam dan berakhir 12.30 malam.

Translate »