MAJLIS BELIA MALAYSIA

Knowledge for Change (K4C) bersama Professor Budd Hall, Unesco Chair

KUALA LUMPUR 22 April – Kelas secara dalam talian (online) Knowledge for Change (K4C) bersama Professor Budd Hall Unesco Chair tentang Ethical Issues in Community Based Participatory Research (CBPR) disertai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Ini merupakan minggu ke-8 kursus K4C bagi MBM mendapatkan status mentor K4C yang diiktiraf oleh Unesco.

MBM hadiri Diskusi Pelan Pembangunan dan Pemerkasaan NGO Perpaduan

KUALA LUMPUR 21 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Diskusi Pelan Pembangunan dan Pemerkasaan NGO Perpaduan anjuran Yayasan Perpauan Malaysia. Delegasi MBM diketuai Sdr. Muhammad Ghazali Othman, Pengerusi Belia untuk Perpaduan MBM (Youth 4 Unity MBM). Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohame Sadique. Turut sama Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia […]

Mesyuarat mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

PUTRAJAYA 20 April – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai mesyuarat bersama pihak CITF dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) Mesyuarat membincangkan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. MBM dalam perancangan akan menggerakkan relawan bagi tujuan mempromosikan kesedaran mendapatkan vaksin kepada para belia di akar umbi.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Perantisan Nasional (SPN)

PUTRAJAYA 20 April – Puan Nurliana Muhammad, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Perantisan Nasional (SPN) yang dipengerusikan Dato’ Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Mesyuarat membincangkan kemaskini perkembangan Skim Perantisan Nasional bagi memastikan para belia mendapat skim latihan pekerjaan. Turut hadir anggota jawantankuasa melibatkan agensi Kerajaan seperti […]

Translate »