MAJLIS BELIA MALAYSIA

Projek inovasi dan geran YIM bantu belia jadi usahawan inovasi dan pembangunan prototype

KUALA LUMPUR 10 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah mendengar taklimat projek inovasi dan geran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi membantu belia menjadi usahawan inovasi dan pembangunan prototype: 1. Projek Grassroots Open Challenge (MaGRIs) – pembangunan dan pengkomersilan inovasi akar umbi; 2. Projek Inovasi Sosial Malaysia […]

Mesyuarat gerak kerja Sekretariat Belia Rasuah Busters

KUALA LUMPUR 10 Jun – Sekretariat Belia Rasuah Busters telah mengadakan mesyuarat gerak kerja semenjak dilancarkan pada 26 April 2021 lepas. Mesyuarat dalam talian ini dipengerusikan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha. Mesyuarat membincangkan program pelancaran Mahasiswa Rasuah Busters dan jelajah maya Belia Rasuah Busters ke negeri-negeri. Belia Rasuah Busters dikoordinasi oleh Sdr. […]

Perbincangan penyelarasan Projek Rintis Pertanian (BUDS) Negeri Pahang

KUALA LUMPUR 8 Jun – Perbincangan penyelarasan penganjuran Projek Rintis Pertanian (BUDS) Negeri Pahang anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama HRD Corp – Human Resource Development Corporation dan Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) telah diadakan secara dalam talian. Perbincangan dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Shah Mohama Salleh, Exco MBM merangkap Penyelaras Program BUDS. Turut serta […]

Biz Malaysia “Belia & Cabaran Covid”

KUALA LUMPUR 7 Jun – Biz Malaysia TV1 dalam Segmen Bual Biz telah menemubual Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhammad Fadzli Hasan dengan tajuk “Belia & Cabaran Covid”. Temubual dalam talian ini mengupas isu dan cabaran belia hadapi di era pandemik ketika ini.

Translate »