MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penutup Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

SEBERANG PERAI 11 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah hadir menyempurnakan sesi penutupan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan inisiatif majlis belia negeri bagi menyediakan kepimpinan belia yang mampu mengurustadbir organisasi ini apabila had umur belia 30 tahun dikuatkuasakan. Presiden MBM dalam ucapannya […]

Ramah mesra Presiden MBM bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

SEBERANG PERAI 11 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil kesempatan beramah mesra bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang diterajui Sdr. Lim Swee Bok sempena lawaran kerja beliau ke utara. Turut sama Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim dan Sdr. Mohamad Nazri Latiff .

Literasi Media Kreatif platform dekati belia dan sebar inisiatif kerajaan kepada belia

KUALA TERENGGANU 10 April – “Adalah diharapkan melalui program ini sedikit sebanyak memberi ilmu literasi mengenai teknik dan kreativiti dalam mengendalikan aplikasi media sosial seterusnya menarik minat belia kepada persatuan belia selain memberi infomasi kepada masyarakat tentang inisiatif kerajaan seperti Skim Perantisan Nasional (SPN), MyVAC, Penjana dan lain-lain”, ujar Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan […]

MBM hadiri ramah mesra bersama kepimpinan MBN Kedah

ALOR SETAR 10 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai sesi ramah mesra bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) di bawah kepimpinan Sdr. Hamdan Jamel serta pimpinan majlis-majlis belia daerah Negeri Kedah. Pertemuan berlangsung hampir 2 jam membuahkan hasil dengan pelbagai cadangan-cadangan daripada akar umbi.

Translate »