MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Kursus Organisasi (KPO) 2021 kali-3

KUALA LUMPUR 23 Jun – Mesyuarat Penyelarasan Kursus Organisasi (KPO) 2021 kali-3 telah diadakan secara dalam talian antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Bahagian Pembangunan Belia melalui Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Kementerian Belia dan Sukan. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sesi pertama KPO pada 29 hingga 30 Jun 2021 dengan melibatkan peserta daripada kategori Felo NGO, direkodkan […]

Relawan MBM Adakan Perbincangan Bersama Rakan Strategik

Dalam Talian | 22 Jun – Telah berlangsung Sesi Koordinisasi Mobilisasi NGO – Relawan Majlis Belia Malaysia untuk Bantuan Pandemik. Inisiatif ini menghimpunkan lebih 20 Badan Bukan Kerajaan untuk bersama-sama mengangkat Agenda Relawan Malaysia, sebuah “Gabungan Longgar” (Loose Coalition) bagi terus mengupayakan masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.Pelbagai isu dibincangkan seperti ketidakseragaman SOP dalam agihan […]

Mesyuarat gerak kerja Sekretariat MBM dalam tempoh PKP

KUALA LUMPUR 22 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mempengerusikan mesyuarat kakitangan MBM yang berlangsung secara dalam talian. Beliau memaklumkan kekangan pergerakan aktiviti MBM berikutan pelaksanaan PKP (total lockdown) dan fokus kini tertumpu kepada medium media sosial. Pelbagai agenda dan input mengenai gerak kerja di peringkat Sekretariat MBM […]

Webinar Kerjaya: Pengurusan Perniagaan Di Era Pandemik

KUALA LUMPUR 19 Jun – Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Webinar Kerjaya: Pengurusan Perniagaan Di Era Pandemik menampilkan Puan Tengku Norhanim Tengku Othman, Pengasas NIMS Chocotub yang telah berjaya membina empayar perniagaan melalui jenama NIMS Chocotub dalam sektor makanan. Sesi perkongsian ini memberi peluang kepada anak muda mendengar sendiri […]

Translate »