Webinar Eksklusif Bersama YaPEIM “Strategi Asas Jana Untung Dengan Emas”

DALAM TALIAN 19 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membawakan siri webinar mengenai perkongsian ilmu bagi menambah pendapatan sampingan menerusi simpanan emas. Siri kali ini bertajuk “Strategi Asas Jana Untung Dengan Emas” dibawakan oleh Puan Nor Laili Omar, Pengurus Bahagian Pemasaran YaPEIM. Moderator bagi program ini ialah […]
Youth Coopreneur Webinar Series

DALAM TALIAN 18 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menyertai Youth Coopreneur Webinar Series Koperasi Platform Keusahawanan Belia sebagai panelis program yang membincangkan tajuk ‘Memperkasa Usahawan Belia’. Program ini dibawakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor. Antara panelis lain ialah Encik Saiful Azhar Shaharun, Timbalan Pengerusi Koperasi Profesional Putrajaya Berhad […]
Temubual Timbalan Pengerusi MFREN bersama Astro Awani mengenai Usahawan Mikro

DALAM TALIAN, 18 Ogos – Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Nurliana Muhammad telah menjadi responen Astro Awani. Beliau mengulas mengenai usahawan Mikro, Kecil, Sederhana dan informal atau tidak berdaftar berisiko bakal menutup perniagaan mereka sekiranya PKP dilaksanakan secara berterusan. Pautan temubual :
Mesyuarat Penyelarasan Biro Penerangan, Penerbitan dan MBM

DALAM TALIAN 18 Ogos – Mesyuarat Penyelarasan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah bagi membincangkan penyelarasan perubahan pelaksanaan Program Literasi Media Kreatif 2021 secara atas talian. Program LMK 2021 adalah hasil daripada usaha bersama MBM dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang telah digerakkan […]