MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM berinteraksi bersama pelatih muda perintah khidmat masyarakat

DALAM TALIAN 21 Sep – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah berinteraksi secara maya bersama pelatih muda perintah khidmat masyarakat berbincang tentang soal peranan belia, jati diri dan perpaduan. Sesi ini adalah jemputan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bertemakan “Habungan Etnik : Sumbangan Masyarakat untuk Negara […]

Mesyuarat Pengukuhan Kerjasama MBM dan MyFundaction

DALAM TALIAN 21 Sep – Telah berlangsung mesyuarat pengukuhan kerjasama antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Yayasan Kebajikan Muslim -Myfundaction bagi terus membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19. MBM diwakili oleh Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi Exco […]

Kuiz Kahoot Jiwa Muda Merdeka uji pengetahuan generasi Muda tentang Malaysia

DALAM TALIAN 19 Sep – Sempena Hari Malaysia dan Hari Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Live Kuiz Kahoot Jiwa Muda Merdeka. Kuiz ini bertujuan menguji sejauh mana pengetahuan asas rakyat Malaysia khususnya golongan belia berkaitan negara kita Malaysia. Pelbagai hadiah tunai disediakan kepada pemenang-pemenang yang bertuah.

Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) Siri Keenam 2021

Dalam Talian | 17 – 19 September – Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS MBM telah berjaya dilaksanakan bagi siri keenam dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Program telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM. Program telah dibiayai oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Antara perkara yang diterapkan dalam program tersebut adalah mengenai kemahiran di […]

Translate »