MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Jejak Kasih Mangsa Banjir Hulu Langat

HULU LANGAT 25 Dis – Alhamdulillah, terima kasih kepada semua Relawan belia dan NGO gabungan 150- 200 orang menyumbang masa dan tenaga membantu kerja-kerja membersih kediaman mangsa banjir di Taman Sri Nanding dan Batu 18 di dalam Misi Jejak Kasih Mangsa Banjir. Ini adalah misi kedua kali tim MBM dan NGO turun ke lokasi banjir […]

Presiden MBM dilantik Ahli Jawatankuasa Penyelidikan MAINS

SEREMBAN 24 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang dipengerusikan Profesor Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa yang juga merupakan bekas pemimpin belia. Semoga pengalaman dalam dunia pembangunan belia dapat bantu penyelidikan MAINS khususnya menangani isu-isu belia.

Team Relawan MBM bantu kerja pembersihan banjir Hulu Langat

HULU LANGAT 23 Disember – Team Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) selesai membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah di Taman Sri Nanding yang terjejas teruk akibat banjir. Turut terlibat dalam musibah ini rumah keluarga Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz. Cuaca baik dan sambungan bekalan air dan elektrik memudahkan kerja-kerja pembersihan […]

Sumbangan rakyat Malaysia berupa pakaian dalam dan tuala wanita bagi ringankan beban mangsa banjir

SEREMBAN 22 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menyerahkan amanah sumbangan rakyat Malaysia berupa pakaian, pakaian dalam dan tuala wanita bagi meringankan beban mangsa banjir di Negeri Sembilan. Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNNS) bersama MAYC Kebangsaan turut membantu menyediakan 200 kit #ProjectUnderwear tersebut sebelum diagihkan kepada mangsa banjir. Sumbangan diserahkan […]

Translate »