MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Virtual 2021 bersama pelajar ILKBS Zon Utara

DALAM TALIAN 26 Dis – Telah berlangsung Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Virtual 2021 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan. Kursus secara maya ini mengumpulkan 100 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar ILKBS Zon Utara. Kursus berlangsung selama 1 hari ini melibatkan modul kepemimpinan dan pengikut yang dibentangkan oleh Sdr. Manndzri Hj Nasib, bekas […]

Presiden MBM beri kata semangat dan flag-off sukarelawan misi pasca banjir

BANGI 25 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha melepaskan kumpulan sukarelawan muda Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dan Official Gerakan Belia 4B Malaysia bagi menyertai misi membantu mangsa banjir Hulu Langat. Terdahulu, beliau memberikan kata-kata semangat dan memperkenalkan MBM kepada belia yang baru kali pertama menyertai aktiviti belia. Semoga pemimpin […]

Misi Jejak Kasih Mangsa Banjir Hulu Langat

HULU LANGAT 25 Dis – Alhamdulillah, terima kasih kepada semua Relawan belia dan NGO gabungan 150- 200 orang menyumbang masa dan tenaga membantu kerja-kerja membersih kediaman mangsa banjir di Taman Sri Nanding dan Batu 18 di dalam Misi Jejak Kasih Mangsa Banjir. Ini adalah misi kedua kali tim MBM dan NGO turun ke lokasi banjir […]

Presiden MBM dilantik Ahli Jawatankuasa Penyelidikan MAINS

SEREMBAN 24 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang dipengerusikan Profesor Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa yang juga merupakan bekas pemimpin belia. Semoga pengalaman dalam dunia pembangunan belia dapat bantu penyelidikan MAINS khususnya menangani isu-isu belia.

Translate »