Kunjung Hormat Pertama Kepimpinan Baharu MBM Kepada YB Menteri Belia dan Sukan

Putrajaya | 24 Mac 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu Menteri Belia dan Sukan Malaysia bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia . Kunjung hormat telah diketuai oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan bersama pimpinan MBM sesi […]
MBM Terima Kunjungan Belia Prihatin

Kuala Lumpur | 23 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid menerima kunjungan daripada Pengerusi Kelab Belia Prihatin Sdr. Luqman Hakim bertempat di Wisma MBM. Kunjungan membincangkan mengenai ruang kerjasama menerusi agenda kelestarian alam sekitar dengan melaksanakan aktiviti penanaman pokok.
MBM Terima Kunjungan JCI Malaysia

Kuala Lumpur | 21 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Junior Chamber International (JCI) Malaysia yang diketuai oleh Sdri. Ellen Lu, Presiden JCI Malaysia bertempat di Wisma Majlis Belia Malaysia. Kunjungan telah disambut oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.MBM telah mendengar […]
Sidang Meja Bulat Malaysian Youth Climate Action Pact (MYCAP)

Dalam Talian | 20 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dijemput untuk menyertai sesi sumbangsaran Malaysian Youth Climate Action Pact (MYCAP). Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM telah menyertai dan berkongsi dengan peserta-peserta mengenai MBM sebagai badan Induk pertubuhan belia. Selain itu, beliau telah mencadangkan beberapa kempen yang efektif untuk menangani isu perubahan iklim.