MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja MBM Kali Pertama Sesi 2022-2024

Kuala Lumpur | 26 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja MBM Kali Pertama Sesi 2022-2024 yang telah dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM. Mesyuarat berlangsung di Le Quadri Hotel. Turut hadir Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan (JBSN). […]

Take5 Youth Camp Siri Ketiga

Selangor | 25-27 Mac – Take5 Youth Camp merupakan salah satu program dibawah inisiatif Komuniti Minda Sihat Belia Malaysia (Skuad BeMIND) yang menjadi platform respon awal kepada golongan belia untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran penjagaan diri dan mental melalui aktiviti outdoor. Program diadakan di Asli Adventure Camp, Hulu Langat dengan penyertaan seramai 25 orang peserta. […]

Kunjung Hormat Pertama Kepimpinan Baharu MBM Kepada YB Menteri Belia dan Sukan

Putrajaya | 24 Mac 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu Menteri Belia dan Sukan Malaysia bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia . Kunjung hormat telah diketuai oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan bersama pimpinan MBM sesi […]

MBM Terima Kunjungan Belia Prihatin

Kuala Lumpur | 23 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid menerima kunjungan daripada Pengerusi Kelab Belia Prihatin Sdr. Luqman Hakim bertempat di Wisma MBM. Kunjungan membincangkan mengenai ruang kerjasama menerusi agenda kelestarian alam sekitar dengan melaksanakan aktiviti penanaman pokok.

Translate »