Patriotisme bukan semata-mata semangat

DALAM TALIAN 8 Jun – Patriotisme bukan semata-mata semangat, ianya suatu pemahaman yang lebih agung berkaitan kecintaan, jati diri, kewarganegaraan dan kedaulatan bangsa dan negara. Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Presiden Majlis Belia Negeri Selangor berkongsi pandangan dalam program Bicara Kenegaraan Kam Online anjuran Kem Wawasan Negara […]
MBM – GYP ASEAN & Malaysia Chapter bincang program belia antarabangsa

KUALA LUMPUR 8 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Encik Arvend Applasamy, Pengerusi Global Youth Parliament ASEAN & Malaysia Chapter di Wisma MBM di sini. Kedatangan beliau disambut dan diraikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM. Pertemuan membincangkan mengenai ruang kerjasama dalam menggerakkan beberapa inisiatif dan program-program belia antarabangsa.
Mesyuarat gerak kerja Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM

DALAM TALIAN 3 Jun – Jawatankuasa Khas Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kali pertama secara dalam talian (aplikasi Zoom). Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdri. Siti Sobrinah Tassim, selaku Pengerusi jawatankuasa merangkap Exco MBM. Antara perkara dibincangkan adalah mengenai perancangan dan gerak kerja program yang akan dilaksanakan. Turut sama Sdr. […]
Program Peningkatan Profesionalisme Women of Wisdom i-Lead serlah potensi diri wanita

KUALA LUMPUR 5 Jun – Sdri. Siti Nor Hasyyati Abd Rahman, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Program Peningkatan Profesinalisme Women of Wisdom anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) bertempat di Akademi Kenegaraan Jalan Bellamy. Program selama 3 hari ini (3-5 Jun) dilaksanakan dengan tiga indikator iaitu WoW4U@i-LEAD, WoWTalk@iLEAD dan WoWCare khusus membantu […]