MAJLIS BELIA MALAYSIA

MoU projek pendaftaran 10,000 syarikat dalam kalangan usahawan belia

KOTA KINABALU 15 Julai – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Belia Sabah (MBS) – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Syarikat Dahlia Sentosa bagi projek pendaftaran 10,000 syarikat dalam kalangan usahawan belia. Antara objektif lain kerjasama ini bertujuan menambah dan meramaikan lagi ‘startup’ dalam sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan khususnya di Negeri […]

MBM-MBNK gerak sukarelawan bantu mangsa banjir Baling

BALING 15 Julai – Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) bersama-sama Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Syarikat Empayar Panglima telah menggerakkan pasukan sukarelawan bagi menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar kawasan Baling. Sumbangan disampaikan berbentuk makanan asas, alat mandian, selimut, toto, susu kanak-kanak dan pakaian diagihkan kepada penduduk di Kampung Bok Bak, Kampung Padang dan Kampung […]

Penganjuran Sekolah Politik 3.0

Bangi | 14 Julai – Jawatankuasa Tetap Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Sekolah Politik 3.0 dengan Kerjasama Majlis Belia Orang Kurang Upaya (MBOKU) dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU (PLPP) dengan kehadiran 60 orang peserta belia OKU di Dewan PLPP Bangi, Selangor. Majlis Pra Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Khaidhirah Abu […]

MBM bawa delegasi KNPI kunjungi Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 14 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato Haji Mohd Rashid Hasnon di Bangunan Parlimen Malaysia. MBM diketuai oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan KNPI Ketua Umumnya, Bung Haris Pertama. Dato Rashid mengalu-alukan […]

Translate »