Taklimat RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 serta pelaksanaan GEG

KUALA LUMPUR 27 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) antara NGO yang diundang menghadiri sesi Taklimat bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat (GEG) yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di Hotel Seri Pacific. Majlis ini bertujuan memberi penerangan mengenai Akta RUU dan pelaksanaan GEG […]
Presiden MBM Hadiri NAM Youth Summit

Baku | 26 Julai – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia telah menghadiri Persidangan Belia NAM (NAM Youth Summit) di Baku, Azerbaijan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 -29 Julai 2022. Antara agenda utama persidangn ini diadakan adalah untuk mewujudkan Pergerakan Belia NAM (NAM Youth Organization) sebagai badan rasmi mewakili […]
MBM Kongsi Cabaran Belia Malaysia

Kuala Lumpur | 26 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyampaikan perkongsian kepada pelajar daripada Thiagarajar School of Management (TSM) Madurai, India. Program berlangsung di Saito University College. Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau telah berkongsi pelbagai perkara antaranya mengenai cabaran belia Malaysia dalam beberapa aspek seperti politik, ekonomi, […]
Pertemuan MBM bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri 1

KUALA LUMPUR 25 Julai – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, YB Dato’ Sri Dr. Ismail Mohamed Said bertempat di Bangunan Parlimen. Pertemuan bertujuan membincangkan program-program kerjasama yang boleh dijalinkan antara pihak kementerian dan belia di samping isu-isu semasa negara (generasi muda) […]