Pelajar IKTBN Sepang sertai All About Girls

SEPANG 20 Okt – Seramai 30 orang pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menyertai program All About Girls anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan IKTBN bertempat di Auditorium IKTBN Sepang. All About Girls adalah program kesedaran dayaupaya wanita dan gender dalam persekitaran Malaysia. Melalui program ini peserta […]
Balu pencarum Perlindungan Tenang MBM-Allianz terima RM25,000

JENGKA 18 Okt – Alhamdulillah, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM25,000 kepada balu Allahyarham Zulkifli Kamarudin, Puan Natasha Amir Mutazar yang terlibat dalam kemalangan pada bulan Julai lalu bertempat di Felda Sena, Jengka 16. Allahyarham adalah pencarum insuran Perlindungan Tenang yang merupakan inisiatif MBM dan Allianz Insuran meninggalkan seorang balu […]
MBM sumbang peralatan sukan untuk riadah anak muda di Felda Jengka 16

JENGKA 18 Okt – Usai penyerahan cek insuran Perlindungan Tenang kepada balu Allahyarham Zulkifli, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun berkesempatan menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada Pengerusi Belia Felda Cawangan Jengka 16, Sdr. Wahidin Ishar untuk kegunaan riadah anak-anak muda di kawasan ini. Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat!
MBM Terima Kunjungan IPDM UUM

Kuala Lumpur | 17 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha merangka kerjasama dalam membentuk belia yang mampu mencorak landskap belia yang lebih positif di masa hadapan. Dalam pertemuan ini, deligasi IPDM yang diketuai pengarahnya, Prof. Dr. Muhammad Fuad […]