Rakan Muda kini diperkasakan semula

BANGI 25 Jun – Rakan Muda diperkasa semula dengan penampilan wajah baharu melalui pelancarannya yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. YAB Perdana Menteri dalam ucapannya meletakkan harapan tinggi kepada golongan belia dari pelbagai kaum dan agama untuk terus memupuk nilai-nilai yang luhur sebagai usaha dan upaya […]
Pertemuan MBM-IIM bincang kerjasama penganjuran Konvensyen Integriti

KUALA LUMPUR 22 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menerima lawatan daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai Encik Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Program Bitara IIM bertempat di Wisma MBM. Pertemuan bagi membincangkan ruang kerjasama dalam menjayakan Konvensyen Integriti yang dirancang pada bulan November nanti.
Sidang Media Projek Perdana JCIKLM – IDEA BANK – Peraduan Pitching Perniagaan Antarabangsa

PETALING JAYA 21 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah diundang sebagai tetamu kehormat ke Sidang Media Projek Perdana JCI Kuala Lumpur Mandarin – IDEA BANK – Peraduan Pitching Perniagaan Antarabangsa bertempat di bangunan Sin Chew Media Corporation Berhad di sini. Program dengan kerjasama For You Global Marketing Sdn. […]
Program Latihan Social Behaviour Change Communication (SBCC) MBM X UPM-UNICEF C4D

KUALA LUMPUR 18 Jun – Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama C4D UNICEF-UPM telah menganjurkan Bengkel Latihan Social Behaviour Change Communication (SBCC) pada 16-18 Jun 2023 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa. Peserta-peserta program terdiri daripada kepimpinan badan gabungan MBM, pertubuhan belia yang memegang port folio utama seperti ketua penerangan, setiausaha […]