Konvensyen Rakan NADMA 2024 – bincang pengurusan bencana yang lebih mampan

PUTRAJAYA 8 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Konvensyen Rakan NADMA 2024 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) bertempat di Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside. Konvensyen ini diadakan sempena Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2024 dan Hari Pengurangan Risiko Bencana Sedunia 2024 UNDRR. Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat […]
Program Reach Out terakhir Zon Tengah Bersama pelajar-pelajar SMK Putrajaya Presint 11

PUTRAJAYA 7 Okt – “Tahukah anda, diramalkan 20 tahun lagi berkemungkinan pekerjaan yang ada hari ini akan diambil alih oleh robot atau AI”. Jadi pentingnya anak-anak muda mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta mengenalpasti pekerjaan kalis masa hadapan”. Itu antara pesanan Presiden MBM di hadapan pelajar-pelajar SMK Presint 11 dalam program Reach Out MBD […]
Reach Out MBD & Community bersama anak muda Setiawangsa

KUALA LUMPUR 5 Okt – Lokasi kedua Program Reach Out MBD & Community Zon Tengah berlangsung di Dewan Laman Bestari AU3, Keramat. Dengan tema seperti majlis perkahwinan, program malam ini dilaksanakan oleh Majlis Belia Kawasan Setiawangsa diselitkan dengan acara kerohanian melalui Malam Belia Cinta Rasul sempena memuliakan hari keputeraan Rasulullah SAW. Terdahulu acara dimulakan dengan […]
MBK Titiwangsa lokasi pertama Reach Out MBD & Community Zon tengah

KUALA LUMPUR 5 Okt – Setelah menjelajah ke beberapa buah negeri, program Reach Out MBD & Community kembali ke Zon tengah dengan pelaksanaan di Ibu kota. Lokasi pertama berlangsung di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri dikendalikan oleh Majlis Belia Kawasan Titiwangsa. Antara pengisian aktiviti pada program tersebut ialah zumba fitness, sesi pengucapan awam, demonstrasi […]