MAJLIS BELIA MALAYSIA

MAJLIS SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA 2019 PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

SEBERANG PERAI 12 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan di Dewan Serbaguna Jawi. Salah satu acara sukan yang diketengahkan adalah seni mempertahankan diri. Sewajarnya, seni bela diri terus diangkat supaya ianya tidak tenggelam kerana arus perubahan […]

MBM HARAP BELANJAWAN 2020 MENJADI PERMULAAN YANG BAIK UNTUK AGENDA KEMAKMURAN BERSAMA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2020 yang dibentangkan sebentar tadi oleh Menteri Kewangan dengan mengambil kira Agenda Kemakmuran Bersama, Agenda Pembangunan Mampan (SDG), usaha mengatasi jurang antara miskin dan kaya, dan reformasi institusi. Ini merupakan belanjawan yang segar bagi Kerajaan baharu kerana belanjawan tahun lepas masih dibayangi legasi Kerajaan lama. Sebagai badan […]

PENCERAMAH SLOT PERKONGSIAN TOKOH BELIA

SEPANG 12 Oktober – Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah hadir mewakili MBM ke program Kursus Pengurusan Organisasi di Kem Wawasan Negara. Program ini anjuran Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dan Kementerian Belia dan Sukan bertujuan menjelaskan peranan pemimpin belia dalam berpersatuan.

MBM LAHIRKAN RASA SEDIH DAN SIMPATI DI ATAS PENUTUPAN OPERASI SYARIKAT UTUSAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap penutupan operasi Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Penutupan ini susulan jualan ekuiti Syarikat Utusan membabitkan keluaran terbitannya seperti Utusan Malaysia, Utusan Mingguan dan Kosmo! malah turut menjejaskan kira-kira 800 pekerja syarikat tersebut. Sebagai sebuah syarikat penerbitan tertua negara […]

Translate »