BENGKEL ADVOKASI 2020

KUALA LUMPUR 22 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perundangan, Advokasi dan Hak Asasi telah menganjurkan Bengkel Advokasi 2020 bertempat di Ibu Pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia. Bengkel ini bertujuan melatih dan meningkatkan kemahiran belia dalam bidang advokasi secara ilmiah dan profesional dengan memahami isu-isu serta menjadi pendesak melalui saluran demokrasi. Penceramah undangan […]
CATATAN AZMAN AZHIM, KETUA JUNIOR MBM YANG MENGHADIRI SESI KONSULTASI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) BERSAMA KANAK-KANAK

Pada 21 Februari hingga 22 Februari 2020, saya, Azman, dari SMK Taman Desa 1, Rawang dan Ketua Junior MBM mewakili MBM untuk mengikuti Konsultasi Bersama Kanak-Kanak di Premiera Hotel. Terdapat kanak-kanak lain yang mewakili NGO lain seperti MPKK, JKM dan lain-lain. Tujuan kami mengikuti Konsultasi Bersama Kanak-Kanak adalah mengangkat suara kami dan kanak-kanak tentang isu-isu […]
MESYUARAT TEKNIKAL DI ANTARA MBM DENGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UMP

KUALA LUMPUR 21 Februari – Mesyuarat teknikal dua hala di antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Pejabat Naib Canselor (NC) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diadakan bagi membincangkan persiapan Syarahan Diraja UMP Peringatan Sultan Haji Ahmad Shah pada Jun 2020. Turut diperbincangkan program sesi Town Hall MBM bersama pimpinan mahasiswa dan mahasiswa UMP pada bulan […]
PERTEMUAN SUSULAN MBM BERSAMA PENGERUSI KARANGKRAF

SHAH ALAM 20 Feb – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan susulan bersama Datuk Husamuddin Yaacub, Pengerusi Karangkraf di sini. Antara isu yang dibincangkan seperti perpaduan, situasi politik negara, kesinambungan Wacana Cakaplah Sinar, Tabung pembangunan Belia ‘financial freedom’ dan Bicara Anak Raja. Secara kesimpulannya, pihak Sinar akan menyokong program-program MBM dengan matlamat mengketengahkan […]