MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNGAN PRESIDEN MALAYSIA ASSOCIATION OF PROFESSIONAL TRAINERS AND COACHES (MAPTAC) KE MBM

KUALA LUMPUR 16 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Encik Sunil Hasmukharay, Presiden Malaysia Association Of Professional Trainers and Coaches (MAPTaC). Lawatan beliau telah disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM. Turut bersama dalam perbincangan melalui aplikasi zoom secara virtual, Sdr. Abu […]

MESYUARAT JAWATANKUASA TENIKAL BANK BELIA

PUTRAJAYA 16 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tenikal Bank Belia. Mesyuarat ini diadakan untuk menyemak semual protokol kajian Bank Belia yang bakal dilaksanakan pada bulan Ogos 2020. Kajian ini turut melibatkan wakil-wakil daripada Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam […]

MESYUARAT UNESCO KNOWLEDGE FOR CHANGE (K4C) HUB – CADANGAN KERJASAMA/PERKONGSIAN STRATEGIK UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

NILAI 16 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat UNESCO Knowledge For Change (K4C) Hub – Cadangan Kerjasama/Perkongsian Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di USIM. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai peranan MBM dalam membantu menjayakan program ini bersama rakan strategik yang lain.

BERI PERHATIAN DAN PELUANG LEBIH DAN SAKSAMA KEPADA BELIA SABAH

Berikutan Sesi Dialog “Menggerak Belia Malaysia” pada 14 Julai 2020, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Sabah (MBS) telah mencapai kata sepakat bagi memberikan perhatian khusus kepada belia Sabah dengan mencadangkan 3 perkara utama untuk diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: 1.) Kerajaan Persekutuan hendaklah menyantuni Sabah sebagai sebuah wilayah yang besar dengan […]

Translate »