MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM bantu belia terjejas Covid-19

SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) memperkenalkan Program Kemahiran Insaniah untuk membantu belia yang kehilangan pekerjaan dan terjejas ketika pasca pandemik koronavirus (Covid-19). Naib Presidennya, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berkata, program yang dijalankan dengan kerjasama HSBC Bank Malaysia Berhad itu diadakan untuk meningkatkan kebolehpasaran belia dalam sektor pekerjaan. “Kita sasarkan penyertaan seramai 300 […]

DIALOG MBM BERSAMA AHLI-AHLI GABUNGAN MBN PERAK

IPOH 17 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan dialog bersama ahli-ahli badan gabungan Majlis Belia Negeri Perak (MBN) dalam pelbagai isu. MBM dan MBN Perak telah sepakat menganjurkan Konvensyen Majlis Belia Daerah (MBD) SeMalaysia bagi memperkasakan MBD daripada aspek pentadbiran, ekonomi, pelapis dan strategi menarik belia ke dalam pergerakan belia.

MESYUARAT PENYELARASAN PENCAPAIAN MPBN

PUTRAJAYA 16 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pencapaian Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bersama Kementerian Belia dan Sukan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai usul MPBN yang akan diangkat tentang pemulihan dan pembangunan ekonomi belia.

Translate »