Perbincangan Santai Kolaborasi Bersama Selangor Youth Community (SAY) Untuk Belia Oku Selangor

PETALING JAYA 24 Ogos – Ketua Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi telah diundang oleh Selangor Youth Community (SAY) ke sesi sumbang saran secara santai bagi program Pemerkasaan Belia OKU yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. MBM menyambut baik usaha untuk memperkasakan komuniti Belia OKU dengan sinergi kerjasama pelbagai pihak.
Kunjungan PERKESO Promosi Skim Keselamatan Sosial

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma MBM. Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun meraikan rombongan ini seterusnya diberi taklimat dan penerangan tentang kemudahan yang ditawarkan oleh PERKESO iaitu kemudahan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. MBM melihat kemudahan yang ditawarkan ini sangat […]
Memorandum Kerjasama (MOC) Program “Pure Heart”

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap CEO Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mengadakan perbincangan bersama Sdr. Mohd Fauzan Abdul Sukor II, CEO Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Dijangka dalam masa terdekat ini YBK, MVM, Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare dan MBM akan mengadakan sesi menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bagi Program “Pure Heart”.
Nazira Roslee dipilih sebagai Exco Majlis Aids Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Sdri. Nazira Roslee, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenangi pemilihan barisan Exco Malaysian AIDS Council (MAC) sesi 2020 – 2022 sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MAC kali ke-15. MBM merupakan badan gabungan MAC dan dengan kemenangan ini akan terus komited membantu MAC mendidik dan menangani isu AIDS / HIV khususnya melibatkan […]