MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sinar Rasuah ‘Buster’ disambut dengan Belia Benci Rasuah

Jihad melawan rasuah yang disemboyankan oleh Sinar Harian melalui Dato’ Hussamuddin Yaacub wajib disambut oleh para pemimpin belia di seluruh Malaysia dan di semua peringkat. Rasuah merupakan ibu segala jenayah, punca kerosakan negara dan pemusnah masa hadapan generasi pewaris. Unsur rasuah harus dibasmi habis-habisan tanpa kompromi oleh para pemimpin belia kerana mereka dipersiapkan untuk menjadi […]

Pendaratan Licin Kepemimpinan Belia Di Malaysia

Masihkah kita ingat dengan peristiwa Julai 2019 yang menyaksikan dua Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan di Dewan Rakyat yakni rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun telahpun dibenarkan untuk mengundi. Satu peristiwa yang juga signifikan berlaku di dalam tahun 2021 adalah penukaran definisi belia dari 40 tahun ke 30 tahun berkuat kuasa keseluruhannya pada 31 Disember 2021. […]

Anak Muda dan Semangat Zaman

Kepemudaan adalah semangat zaman (zeitgeist) yang malar. Kini ia kembali merebut tempatnya yang terabaikan lama. Di mana-mana, dalam kumpulan konservatif mahupun progresif, islamis, sosialis, pragmatik dan sekular sekalipun citra desakan serta tuntutan peremajaan landskap kepimpinan bergema tanpa ada mendorong. Ia tumbuh secara kesedaran bersama (collective consciousness), organik yang tidak disempadankan oleh sistem kepercayaan, orientasi fahaman […]

Misi Membersihkan dan Menyampaikan Bantuan Banjir Pahang

Triang, Pahang | 16 Januari 2021 – Sdr. Mohd Izzat Afifi, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersama-sama sukarelawan daripada Majlis Belia Daerah Bera, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dan Pengakap Kelana Negeri Pahang membersihkan rumah serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat. Turut bersama ialah Sdr. Rosidi Hassan, Timbalan Pengerusi Tetap […]

Translate »