MBM – PERKESO Selangor bincang program ‘My Future Jobs’

KUALA LUMPUR 24 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor yang diwakili oleh Encik Nik Adham, Encik Alief Aizuddin dan Cik Izzaty Razali. MBM pula diwakili oleh Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM merangkap Pengarah Prokens MBM. Perbincangan meliputi bidang kerjasama yang dapat dijalinkan […]
Webinar “Akses kepada pembiayaan usahawan PKS”

KUALA LUMPUR 23 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) dan SMECorp telah menganjurkan Webinar bertajuk “Akses kepada pembiayaan usahawan PKS”. Webinar ini menampilkan dua orang panel jemputan, Encik Rosmi Rizal Mamat @Ismail, Pengurus Cawangan Pembiayaan Perniagaan CGC Kuantan dan […]
Mesyuarat Penyelarasan Kursus Organisasi (KPO) 2021 kali-3

KUALA LUMPUR 23 Jun – Mesyuarat Penyelarasan Kursus Organisasi (KPO) 2021 kali-3 telah diadakan secara dalam talian antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Bahagian Pembangunan Belia melalui Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Kementerian Belia dan Sukan. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sesi pertama KPO pada 29 hingga 30 Jun 2021 dengan melibatkan peserta daripada kategori Felo NGO, direkodkan […]
Mesyuarat gerak kerja Sekretariat MBM dalam tempoh PKP

KUALA LUMPUR 22 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mempengerusikan mesyuarat kakitangan MBM yang berlangsung secara dalam talian. Beliau memaklumkan kekangan pergerakan aktiviti MBM berikutan pelaksanaan PKP (total lockdown) dan fokus kini tertumpu kepada medium media sosial. Pelbagai agenda dan input mengenai gerak kerja di peringkat Sekretariat MBM […]