MAJLIS BELIA MALAYSIA

Fokus Pulihkan Negara dan Satukan Rakyat Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selaras dengan roh Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Syabas dan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9. Besar harapan MBM agar YAB […]

Sesi Taklimat Peluang Belia Sambung Pengajian di INSPEN dan Kolej Profesional Baitulmal (KPBKL) secara dalam talian

DALAM TALIAN 20 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Sesi Taklimat Peluang Belia Sambung Pengajian di Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) secara dalam talian. Sesi tersebut disampaikan oleh Puan Syazwana Sodikin, Pegawai INSPEN dan Puan Kasniah, Pegawai KPBKL. Turut serta Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM […]

Banjir Yan: Desak siasatan awam bebas kenal pasti punca

SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) menggesa kerajaan negeri Kedah menggerakkan siasatan awam bebas bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian banjir besar di Yan, Kedah. Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, siasatan tersebut perlu juga mengenal pasti kelemahan dan langkah segera yang boleh dilakukan bagi memulih dan mencegah bencana […]

Translate »