MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ramah mesra bersama pimpinan Majlis Belia Daerah Pendang

PENDANG 4 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha beramah mesra bersama Sdr. Mohd Noor Azam Ismail, Pengerusi dan pimpinan Majlis Belia Daerah Pendang sambil mengambil kesempatan melakukan ziarah kasih kepada golongan marhaen yang memerlukan. Turut sama Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Sdr. Hamdan Jamel.

Presiden MBM kunjungi tokoh agamawan muda

PEDU 4 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha meluangkan masa mengunjungi tokoh agamawan muda Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir seterusnya bertukar-tukar idea tentang model Zawiyah sebagai model pembangunan belia dan persoalan ilmu dan akhlak. Kedua-dua tokoh setuju semangat anak muda harus dibina atas asas kekuatan budaya ilmu dan akhlak yang jitu. […]

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2021

KUALA PERLIS 3 Dis – Sambutan Hari Belia Negara bertemakan ‘Dekad Ini Dekad Anda’ adalah signifikan dengan cabaran semasa yang dihadapi terutamanya dalam mengharungi pandemik. Selain mengharungi cabaran pandemik, golongan belia juga bakal menjadi pemimpin masa depan negeri dan negara. Kepimpinan belia seharusnya mewujudkan belia yang mampu berdikari dan berdiri tanpa tongkat serta mampu menerokai […]

Presiden MBM kunjungi pejabat Majlis Belia Daerah Yan

YAN 3 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan kunjungan ramah mesra ke pejabat Majlis Belia Daerah (MBD) Yan. Sdr. Jufitri turut melapangkan masa melawat kawasan kesan bah kepala air dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kepala air yang turut telah digerakkan oleh MBD Yan semenjak dua bulan lepas. MBD Yan […]

Translate »