MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Latihan Generational End Game Anti Rokok (GEGAR-BELIA)

SERDANG 31 Mei – Seramai 30 orang peserta terdiri daripada wakil Badan-badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sukarelawan PEMADAM dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Bengkel Latihan Generational End Game Anti Rokok (GEGAR-BELIA) bertempat di Dewan Kolej Pendeta Zaaba UPM. Peserta yang menyertai bengkel ini akan dilibatkan sebagai penceramah dan fasilitator yang akan […]

MBM hadiri Majlis Sambutan Aidilfitri KBS

KUALA LUMPUR 31 Mei – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil. Tuan rumah majlis, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ti Lian Ker; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Jana Santhiran Muniayan; […]

Kerjasama MBM dan BSN tawar pembiayaan perniagaan

DALAM TALIAN 30 Mei – Satu perbincangan secara dalam talian telah diadakan antara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menyebarluaskan penawaran fasiliti pembiayaan mikro di bawah BSN melalui ‘Skim Semarak’. Sebanyak RM800 juta telah diperuntukan di bawah Skim Semarak yang mana terdapat 7 skim meliputi golongan dan industri bersasar dan terbuka […]

Mesyuarat Agung Tahunan MBN Negeri Sembilan kali ke-50

SEREMBAN 29 Mei – Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili Presiden MBM menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri (MBN) Negeri Sembilan kali ke-50 bertempat di Hotel Royal Chulan, Negeri Sembilan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato Dr. Namil Faiz, Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri. Hadir sama […]

Translate »