Pertemuan MBM-KOBENA rancang kerjasama bantu ekonomi belia

KUALA LUMPUR 9 Sep – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan bersama Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi Koperasi Belia Nasional (KOBENA) di pejabat KOBENA. Pertemuan bertujuan membincangkan mengenai kerjasama di antara MBM dan KOBENA bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan belia Malaysia. Hadir sama bekas Setiausaha Agung MBM, […]
Tujuh usul dibentang dan dibahas dalam Persidangan MPBN Peringkat Negeri Johor

JOHOR BAHRU 6 Sep – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Johor Sidang l Penggal ke-33 sesi 2021-2022 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah telah hadir mewakili YAB Menteri […]
Hari Belia Negara 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 4 Sep – Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3-4 September telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim hadir meraikan golongan belia di majlis penutup sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa. Hari Belia […]
Bengkel Ternakan Udang Kara dedah belia ceburi bidang agro ternakan

PULAU GADONG 4 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Pertubuhan Dagangan Antarabangsa Udang Kara Air Malaysia (MIFTA) telah menganjurkan Bengkel Ternakan Udang Kara Air Tawar di Kompleks Pertanian, Pulau Gadong, Melaka. Seramai 95 orang peserta terdiri daripada pelajar Kolej Universiti Agrosains […]