MAJLIS BELIA MALAYSIA

Izzat Afifi serah surat lantikan Felo Pejabat Presiden MBM

KUALA LUMPUR 30 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menyerahkan surat lantikan dan mempengerusikan mesyuarat pertama Felo Pejabat Presiden MBM bertempat di Wisma MBM. Turut sama Sdr. Muhammad Abu Kadir, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM. Seramai sembilan orang Felo Pejabat Presiden […]

Sesi libat urus penglibatan MBM dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat

PUTRAJAYA 30 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat dan sesi libat urus bagi membincangkan komitmen dan penglibatan MBM dalam menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Kementerian Kesihatan Malaysia. ANMS adalah pakej sihat sepanjang hayat bagi manfaat rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Mesyuarat dipengerusikan oleh […]

Program Pembangunan Usahawan Belia OKU

KUALA LUMPUR 28 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Agensi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) yang diwakili Encik Mohamed Fahmi Azli Harimi, Ketua Seksyen GLC dan Agensi Kerajaan dan Encik Mohd Rushdan Zenull Abidin, Eksekutif GLC dan Agensi Kerajaan bertempat di Wisma MBM. Pertemuan diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, […]

Kunjungan Hormat MBM kepada Akademi Pilihan Raya Malaysia

PUTRAJAYA 27 Jun – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Majls Belia Malaysia (MBM) kepada Akademi Pilihan Raya Malaysia (APR) di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua belah pihak. Dalam pertemuan ini, MBM mencadangkan penglibatan APR dalam program Sekolah Politik 3.0 dalam skop penerangan kepada belia […]

Translate »