MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-6 Tahun 2022

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-6 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Dato’ Mohd Shahar Abdullah yang turut menyempurnakan istiadat penyampaian sijil. Seramai 200 orang graduan dari pelbagai kolej dan bidang kemahiran menerima Diploma Kemahiran dan Sijil Kemahiran Malaysia. […]

Kunjungan Center Excellence for Extended Reality Technology ke MBM

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Center Excellence for Extended Reality Technology bertempat di Wisma MBM diketuai Ketua Eksekutifnya Encik Navinderan Mageswaran. Rombongan disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, Datuk Syed Osman, Naib Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff, Setiausaha Agung MBM.

Kumpulan Dansa Art johan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 peringkat Labuan

LABUAN: Kumpulan Dansa Art muncul johan Pertandingan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 peringkat Labuan yang diadakan di Ujana Kewangan pada Sabtu. Kumulan yang dianggotai 10 penari itu turut dinobatkan sebagai pemenang persembahan kareografer terbaik  membawa pulang hadiah keseluruhan  wang tunai RM5,500. Naib johan dimenangi oleh kumpulan Aswila Satu yang juga turut diumum sebagai pemenang Busana […]

Translate »