MBM ajak generasi muda tunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi

19 November 2022 merupakan tarikh penting dalam menentukan tampuk pentadbiran negara melalui proses demokrasi yang telah diamalkan di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan. Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 merupakan PRU yang amat genting kepada negara setelah sepenggal yang lalu negara berhadapan dengan kecelaruan ekoran ketidakstabilan politik yang merugikan rakyat dan negara. Majlis Belia Malaysia […]
Jom Cipta Kerjaya Memperkasa Wanita Muda tekan aspek keyakinan diri, pembangunan kerjaya masyarakat Orang Asli

SLIM RIVER 17 Nov – Telah berlangsung Program Jom Cipta Kerjaya Memperkasa Wanita Muda di bawah inisiatif All About Girls bertempat di Kampung Orang Asli Buluh Seruas, Kuala Slim. Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM) ini menekankan aspek keyakinan diri, pembangunan kerjaya dan masyarakat. […]
MBM santuni masyarakat Orang Asli di Kg Sg. Jentong

SLIM 16 Nov – Sempena Jelajah Jom Turun Undi, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyantuni masyarakat Orang Asli di Kg Sg. Jentong, Slim River dalam program Jom Cipta Kerjaya Memperkasa Wanita Muda. Program yang menerima sambutan hangat dari penduduk ini diisi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak dan bengkel kecantikan di bawah kelolaan team All About Girls. […]
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES

DALAM TALIAN 15 Nov – Sdr. Eow Shiang Yen, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi (KJA). Mesyuarat tersebut telah dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya ialah untuk menambah baik proses pengumpulan data belia Malaysia yang dilaksanakan oleh pihak IYRES.